Friday, August 31, 2012

Pasaraya Borong Mydin Terbakar



Kota Bharu: Kebakaran awal pagi semalam menyebabkan Pasaraya Borong Mydin di Jalan Pintu Pong, di sini, mengalami kerugian RM150,000. 

Bagaimanapun, dalam kejadian pada jam 2.40 pagi itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana gedung berkenaan hanya beroperasi sehingga jam 11 malam saja. 
Kios makanan dan minuman turut musnah 


Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kios menjual makanan dan minuman ringan yang terletak di tepi pintu masuk pasar raya berkenaan. 

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Abdullah Din Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pengawal keselamatan pasar raya berkenaan yang bertugas pada jam 2.52 pagi. 

Katanya sebaik menerima panggilan, enam jentera dan 28 anggota bomba dan penyelamat dari Balai Kota Bharu, Tunjong, Pengkalan Chepa dan Kota Darulnaim dikejarkan ke tempat kejadian dan tiba pada jam 2.57 pagi. 

“Ketika sampai di tempat kejadian api sedang marak di bahagian kios menjual makanan dan minuman serta tempat menyimpan barang pelanggan pasar raya berkenaan,” katanya. 
Ambil masa 40 minit untuk memadamkan api 

Katanya, dengan bantuan lapan Bomba Sukarelawan Balai Kota Bharu, sembilan anggota polis, enam kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan tiga anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), api berjaya dikawal jam 3.09 pagi dan padam sepenuhnya 40 minit kemudian. 

“Unit forensik masih lagi menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kebakaran,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 

Kebakaran yang berlaku ke atas pasar raya yang dirasmikan pada 2002, kali kedua selepas satu kebakaran besar yang memusnahkan bangunan tiga tingkat di Jalan Parit Dalam, di sini. 

Sementara itu, Pengurus Mydin cawangan Kelantan, R Naidu berkata, ketika kejadian beliau mendapat panggilan daripada pihak bomba pada jam 2.40 pagi bahawa penggera keselamatan pasar raya berkenaan berbunyi

Ehsan Dari Berita Harian



LAPORAN AKHBAR
            Laporan Dari Sinar Harian



       
          Laporan Dari Berita Harian


               Laporan Dari Metro

Thursday, August 2, 2012

Kuala Geris gempar seketika


KUALA KRAI 1 Ogos - Suasana di Kampung Kuala Geris, Dabong di sini malam Sabtu lepas seperti biasa sepi dan hening.
Ada ketikanya kedengaran sayup- sayup suara deruman enjin kenderaan anak-anak muda yang masih 'ligat' pusing keliling kampung.
Bagi kebanyakan penduduk, cuaca sejuk akibat hujan renyai-renyai kadangkala lebat pada malam itu menyebabkan mereka tidur lebih awal.
Namun, keheningan malam itu tiba-tiba dikejutkan oleh bunyi letupan kuat sehingga menggemparkan para penduduk yang mula hanyut melayan mimpi indah masing-masing.
Dentuman kuat itu datangnya dari kawasan terowong berhampiran landasan kereta api yang terletak tidak jauh dari kampung berkenaan.


Laporan Dari Utusan Malaysia: Kuala Geris gempar seketika