Sunday, January 22, 2012

PENGENALAN PERSATUAN BOMBA DAN PENYELAMAT SUKARELA KOTA BHARU (RESCUE TEAM)


PENGENALAN PERSATUAN BOMBA DAN PENYELAMAT SUKARELA KOTA BHARU (RESCUE TEAM)
LOGO RASMI

Persatuan Bomba dan Penyelamat Sukarela Kota Bharu (Rescue Team) telah di daftarkan sebagai suatu pertubuhan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1996 dengan No. pendaftaranya 2527-10-KEL pada 25 Oktober 2010 bersama kekuatan pegawai seramai 30 anggota dengan kepakaran dan tugas kerja profesional yang terdiri dari pelbagai profesion dan mempunyai minat untuk menyertai pasukan ini dan sedia berkhidmat secara sukarela dalam situasi bencana apabila digerakkan.
Pasukan Bomba dan Penyelamat Sukarela Kota Bharu ini mendapat bimbingan,nasihat dan latihan dari Balai Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan dan bakal menjadi sebuah Rescue Team Contoh bagi seluruh persatuan Bomba Sukarela Negeri Kelantan.

Kepakaran pasukan ini tidak boleh dipertikaikan kerana semua ahli memiliki kepakaran dalam bidang masing-masing. Ada yang memiliki kepakaran dalam bidang pengendalian kenderaan 4 X 4 , kepakaran scuba diving, paramedik dan first aid serta bidang komunikasi radio dua hala.  Kesemua ciri kepakaran ini bakal digembeling untuk membantu jabatan bomba dan penyelamat bila mana diperlukan semasa mengendalikan kerja-kerja kebombaan.
Sehingga kini jumlah keahlian pasukan ini telahpun bertambah dengan kekuatan anggota seramai 60 orang dan bakal menjalani latihan asas kebombaan yang dijadualkan bermula pada pertengahan Februari di Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu (Tunjung).





.....Setiausaha.....

SALAM UNTUK SEMUA AHLI RESCUETEAM KOTA BHARU

Assalamualaikum....Salam 1 Malaysia.
Terlebih dahulu kami pihak pengurusan Pasukan Bomba Sukarela Rescue Team Kota Bharu merakamkan jutaan terima kasih, atas kesudian semua yang sudi mendaftar sebagai ahli BSRTKB.
Semoga dengan komitmen yang diberikan akan meyemarakkan lagi semangat kita semua dalam memberi khidmat bakti secara sukarela.


Sekian...

Mohamed Sukeri bin Yaakub
(Yang Dipertua )
 Persatuan Bomba dan Penyelamat Sukarela Kota Bharu (Rescue Team)